FWD Kasih
Tahukah anda Pelan FWD Kasih patuh konsep Syariah? Pelan FWD Kasih patuh Syariah dengan menggabungkan prinsip-prinsip Syariah seperti berikut: Wakalah: Kontrak di mana peserta melantik Pengendali Takaful untuk mengurus Dana Risiko Peserta dan bersetuju untukmemberi upah tertentu kepada Pengendali Takaful seperti yang dipersetujui atas perkhidmatan yang diberikan. Tabarru’: Derma untuk tujuan takaful. Ju'alah: Ia adalah ganjaran kepada Pengendali Takaful atas prestasi yang baik dalam pengurusan Dana Risiko Peserta.Pengendali Takaful akan menerima ganjaran dalam bentuk lebihan dari Dana Risiko Peserta, di mana 50% akan diagihkankepada Pengendali Takaful dan 50% diagihkan kepada Peserta yang layak. Qard: Sekiranya Dana Risiko Peserta mengalami defisit, kami akan memberikan pinjaman tanpa faedah. Pinjamantersebut akan dibayar daripada lebihan akan datang dari Dana Risiko Peserta. Jom daftar FWD Kasih sekarang untuk menikmati manfaat tambahan untuk anda dan ahli keluarga anda!!...